Sejarah

Sekolah Tunku Mahmood (2) telah ditubuhkan pada 5 haribulan Januari 1958, dengan nama Kluang Primary School. Pada masa itu, sekolah ini beroperasi di bangunan Inggeris yang dikenali sebagai “Government English School Kluang” (GES).

Pada tahun 1964, Sekolah Tunku Mahmood (2) telah berpindah ke lokasi baharu dan berkongsi bangunan dengan Sekolah Tunku Mahmood (1). Penggunaan bangunan sekolah adalah secara bergilir-gilir setiap tahun iaitu, Sekolah Tunku Mahmood (1) sesi pagi dan Sekolah Tunku Mahmood (2) sesi petang. Tahun berikutnya pula bertukar sesi dan begitulah seterusnya sehingga tahun 1996. Pada masa itu kedua-dua buah sekolah ini berkongsi menggunakan semua bilik darjah dan kemudahan asas sekolah. Bagi memudahkan perjalanan aktiviti sukan dan permainan, pada tahun 1964 juga padang sekolah ini telah diratakan dan dilebarkan oleh Pasukan Jurutera Gurkha, Kluang.

Kesihatan anak-anak didik di sekolah ini sentiasa diutamakan. Maka dengan persetujuan Pegawai Pergigian Johor serta Pengarah Pelajaran Johor, sebuah klinik pergigian telah dibuka.

Bagi memenuhi keperluan sekolah dan pelajar , sebuah bangunan tambahan telah dibina pada tahun 1973, iaitu bangunan blok G. Ianya mengandungi sebanyak 10 buah bilik darjah, sebuah bilik rehat guru, sebuah pejabat Guru Besar dan kerani, dan sebuah kantin. Dengan pertambahan bilangan pelajar setiap tahun, keperluan sekolah semakin meningkat. Ini membawa kepada pembinaan sebuah lagi bangunan blok tiga tingkat iaitu bangunan blok H yang siap dibina pada tahun 1988. Bangunan baharu ini mengandungi 4 buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik kelas pemulihan, sebuah bilik tayang, dan sebuah musollah.

Pada tahun 1976, sebuah dewan terbuka telah dibina. Seterusnya pada tahun 1977 sebuah gelanggang bertar telah dibina untuk kegiatan permainan bola tamper dan sepak takraw yang bertempat di hadapan makmal sains Menyedari pentingnya mempunyai sebuah tempat untuk pelbagai aktiviti luar, sebuah lagi mercu tanda sekolah telah dibina iaitu Astaka sekolah. Astaka ini telah siap dibina pada tahun 1989.

Memandangkan banyak masalah yang timbul dengan perkongsian menggunakan bilik darjah antara dua buah sekolah, maka pada tahun 1996 kedua-dua buah sekolah telah bersetuju untuk membahagikan kawasan dan mempunyai bangunan sendiri. Blok G dan bangunan tiga tingkat iaitu Blok H menjadi kepunyaan Sekolah Tunku Mahmood (2) dan Dewan Terbuka serta bangunan sekitarnya menjadi milik Sekolah Tunku Mahmood (1).

Bermula dari detik itu, sekolah ini telah beroperasi secara dua sesi iaitu murid Tahun 4, 5 dan 6 belajar di sebelah pagi manakala murid Tahun 1,2, dan 3 belajar di sebelah petang. Kedudukannya ialah pejabat sekolah, Tahun 6 dan Tahun 1 beroperasi di Blok Jasa Bakti (Blok G) manakala Tahun 2,3,4 dan 5 ditempatkan di Blok Jasa Murni (Blok H). Pada mulanya nama-nama kelas dalam aliran dikenali dengan warna iaitu Merah, Biru, Hijau dan Kuning, tetapi pada tahun 1994 nama kelas telah ditukar kepada Setia, Tabah, Maju, Kamil dan Jujur. Kemudian pada tahun 1998 nama SRK Tunku Mahmood (2) bertukar kepada SK Tunku Mahmood (2).

Tahun-tahun berikutnya telah menyaksikan berbagai lagi perkembangan sekolah. Antara perubahan lain yang telah dilakukan ialah :

1970 -
Sebuah gelanggang bersimen untuk bulu tangkis dibina oleh pasukan 10 jurutera Malaysia Kluang.

1973 -
Bilik TV Pendidikan ditubuhkan.

1974 -
Pusat Kutub Kanah ditubuhkan.

1988 -
Lagu Sekolah dicipta.

1991 -
Bilik Kemahiran Hidup ditubuhkan.

1992 -
Bilik Gerakan dan Bilik Komputer ditubuhkan.

1993 -
Ikrar pelajar diwujudkan oleh Tuan Haji Othman b. Hj Omar (Guru Besar SKTM2)

1995 -
Bilik Makmal Sains diwujudkan serta sebuah Pentas Bakat didirikan.

1996 -
Sebuah bilik bacaan dibina yang bersambung dengan kantin sekolah. Lokasinya di belakang kantin.

1997 -
Bilik Sumber sekolah dibubarkan dan semua peralatan dipindahkan ke bilik Jabatan Panitia.

1998 -
Bilik guru telah diperbesar dan Kedai Koperasi ditubuhkan. Bilik Sumber diwujudkan semula. Bilik Gerakan dibubar dan digantikan dengan bilik Multimedia.

2001 -
Bilik guru telah di naik taraf dengan memasang tail dan menukar tingkap slaiding.

2002 -
Pembinaan 2 buah blok 4 tingkat iaitu blok A dan blok B di kawasan padang sekolah yang menyebabkan padang semakin mengecil.

2003 -
Bilik guru, pejabat dan pusat sumber sekolah serta bilik-bilik Panitia berpindah operasi ke blok A.

2005 -
Sebuah makmal komputer 2 tingkat siap dibina beserta kelengkapannya setelah terbengkalai selama 2 tahun dan telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Johor pada tahun 2006.

2006 -
Pembinaan pondok herba. Pembinaan dan naik taraf Dewan Sekolah.

2007 -
Naiktaraf pejabat dan bilik Ketua Panitia diwujudkan.

2007 -
Kehadiran guru dan kakitangan sekolah serta peminjaman dan pemulangan buku di perpustakaan menggunakan sistem “bar code”.

%d bloggers like this: